Every single post

Resepi Rendang Ayam ringkas, tahan lama dan sihat: tanpa minyak dan bebas lectin

Bahan-bahan:

1 ekor ayam – potong 12

2 cawan santan pekat segar – perah bukan kotak

2 sudu besar kerisik

1 sudu besar garam atau secukup rasa

1/2 keping gula Melaka

2-3 keping asam keping saiz sederhana

2 helai daun kunyit

Bahan kisar (kisar dengan sedikit air jadikan paste):

10 – 12 ulas bawang merah 

8 ulas bawang putih 

2 senduk cili kering kisar -boleh tambah ikut pedas disukai (cili mestilah dibuang biji, direndam semalaman, dan dimasak)

4 tangkai cili padi, jika suka pedas – optional (cili mestilah dibuang biji dan direndam dalam air panas)

2 – 2 1/2 biji bawang besar

2 inci kunyit hidup

6 batang serai

2 inci halia

2 inci lengkuas

2 biji buah keras 


Cara-cara:

1. Tumis bahan-bahan tumis sehingga naik bau. Tambah sedikit air dari semasa ke semasa agar tidak hangus.

2. Masukkan ayam dan biarkan sehingga ayam agak kecut dan kering airnya, baru dimasukkan santan dan air secukupnya. Terus masak dengan api kecil sehingga ayam masak, kuah pekat dan pecah minyak.

3. Masukkan garam, gula, gula Melaka dan asam keping serta daun kunyit. Setelah pecah minyak, baru dimasukkan kerisik.

4. Akhir sekali, tabur daun kunyit yang dihiris halus dan bolehlah ditutup api.

Adapted from:

– Madam Azie from aziekitchen.com

Gulai Ikan – Resepi sihat tanpa minyak dan bebas lectin

My version of Gulai Ikan Bawal with no chili

Bahan kisar

  • bawang merah (sepuluh ulas)
  • bawang putih (5 ulas)
  • halia (2 inci)
  • kunyit (seinci)
  • lengkuas (seinci)
  • cili* (sebanyak mana yang mahu – pastikan direndam, dibuang biji)

Bahan masak

  • daun kunyit (selembar dipotong)
  • santan pekat (500 ml)
  • air asam keping (2 keping – dihiris halus, direndam dalam secawan air)
  • ikan (apa sahaja jenis boleh – disiang, dibasuh, dipotong kpd beberapa bahagian)
  • garam (secukup rasa)
  • gula melaka atau gula perang (2 sudu)
Bahan yang bertanda* adalah optional, boleh tak nak taruk

Langkah-langkah

  1. Kisar bahan-bahan kisar menggunakan blender atau batu lesung
  2. Panaskan kuali atas api kecil. Masukkan bahan-bahan kisar. Biarkan air bahan-bahan tumis ini mengering.
  3. Tumis sehingga bau naik. Jika terlalu kering, boleh tambah sedikit air.
  4. Tambah air asam.
  5. Biarkan sampai mendidih.
  6. Masukkan separuh dari santan pekat dan secawan air. Kacau perlahan selalu agar santan tidak pecah minyak.
  7. Masukkan daun kunyit, gula dan garam.
  8. Apabila mula mendidih, masukkan ikan. Tutup periuk dan biarkan atas api kecil.
  9. Apabila ikan telah masak, masukkan baki santan. Kacau perlahan selalu agar santan tidak pecah minyak.
  10. Apabila mendidih, tutup api. Hidangkan.

Notes

  • contoh ikan yang sesuai dimasak gulai = ikan tongkol, bawal, gelama, merah
  • ikan boleh dimasukkan mentah atau direbus terlebih dahulu dengan asam dan garam sehingga separuh masak atau dikukus (especially utk ikan yang perlukan masa lama utk masak sprti ikan tongkol)
  • gunakan santan fresh, jangan guna santan kotak
  • gunakan ikan fresh, baru sehari naik dari laut